Tuesday 24 September 2013

VITAMIN UNTUK JANTUNG CoQ10

Salam sayang-sayang semua.. Sudah sekian lama tidak menghupdate blog kesayangan ambe nih... Mana nak siapkan kerje yang berlambak-lambak, mulalah ada yang terabai...
Entri kali ni nak bercerita pasal CoQ10...

KOENZIM Q10 a.k.a CoQ10? APA NI?
Fuhhh.... Macam nak atur 10 soalan je!! Hihihi....
CoQ10 ni sebenarnya merupakan zat makanan larut lemak, hadir semulajadi dan ditemui dalam sel tubuh kita untuk berfungsi dengan baik. Namun, zat ini banyak ditemui dalam organ-organ dalam badan kita yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak seperti jantung, buah pinggang dan hati.
CoQ10 ini amat penting kepada sel tubuh kita yang ada berjuta ni bagi menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi.
Bagi menghasilkan tenaga, sel-sel tubuh ini membakar gula dan juga lemak hasil daripada makanan yang kita makan, seterusnya nutrient tersebut terurai dan bertukar menjadi tenaga dan proses tersebut memerlukan CoQ10 sebagai pencetus tenaga.
So, dapatlah disimpulkan bahawa tanpa CoQ10 ini, sel-sel tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan kita seharian.



Apa yang CoQ10 ni boleh buat ya?
1.    Dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung
2.    Menyokong keupayaan mengepam darah
3.    Memperbaiki dan memudahkan peredaran darah keseluruh tubuh
4.    Menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah normal
5.    Bertindak sebagai antioksidan dan membantu melindungi arteri bagi menangani pengoksidaan Lipoproteins berkepekatan rendah (LDL)

Berapa banyak jumlah pengambilan CoQ10 diperlukan ya?
Jadual kat bawah ni adalah nilai CoQ10 yang biasa kita ambil dalam diet harian kita.


Kewujudan CoQ10 secara semulajadi oleh tubuh kita akan menurun, memandangkan keupayaan tubuh dalam menghasilkan zat ini akan menurun mengikut peningkatan usia.
Berdasarkan kajian penyelidikan, CoQ10 dihasilkan pada tahap tertinggi pada usia 20 tahun, dan akan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung hanya akan berjaya menghasilkan sebanyak 68.2peratus daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh 20 tahun.


Faktor lain bagi penurunan CoQ10 ini adalah:
1.    Diet yang tidak seimbang
2.    Pendedahan harian terhadap redikal bebas
3.    Penggunaan ubat-ubatan tertentu

 CADANGAN PENYELESAI UNTUK ANDA

CoQHealth Plus
Mengandungi kesemua proprietary semulajadi daripada campuran 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan Ekstrak teh hijau dengan system penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.

CoQ10 dapat:
1.    Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
2.    Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
3.    Meningkatkan peredaran darah
4.    Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

Apa beza CoQ10 Shaklee ini?
1.    1 biji CoQ10 bersamaan dengan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli
2.    Kombinasi diantara CoQ10 dan Vitamin E dipercayai dapat mengukuhkan keupayaan oksidan yang terdapat dalam Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar dan menjana Vitamin E, untuk memberikan perlindungan antioksidan berterusan terhadap kulit
3.    Ekstrak teh hijau mengandungi procyanidins yang telah ditemui membantu menyokong kesihatan endothelium (lapisan tisu antara kapilari darah dan jantung)
4.    CoQ10 berasal daripda sumber semulajadi. Bahan mentahnya merupakan satu-satunya CoQ10 semulajadi daripada yis yang ditapai yang terdapat pada masa kini.
5.    Tanpa gluten


Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya | amniskenko@gmail.com  | SMS/WhatsApp 019-643 0019 | add saya di FB Amni’s Kenko V-shop untuk konsultasi percuma & LIKE fanpage Amni’s Kenko V-shop untuk tips kesihatan / kecantikan.

*Penafian : Segala tertimoni /  penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

Holla!!!
Pn. Eda

Your SID